Friday 13 April 2012

hilang -.-

semakin hari, aku mula perasan yang aku semakin hilang. hilang dari laluan yang sepatutnya. aku tersasar jauh dari laluan yang aku rancang. sekarang, aku sedang muhasabah diri. agar dapat kembali semula. alasannya sangat mudah, aku perlu terus berusaha agar berjaya dalam hidup. aku tak nak tersasar dari rancangan masa depan yang dah aku sediakan. aku dah alami susah senang hidup di dunia. aku tak nak kehidupan masa depan aku akan datang akan musnah hanya kerana aku lalai melayan usikan dunia remaja. 

aku belajar dari kesilapan yang lepas. ''mistakes are our best teacher" no one is perfect aite? setiap orang ada buat salah. ada kegagalan. tapi, tak guna kalau kita nak menyesal, it has over. yang penting sekarang adalah masa depan.