Sunday 30 September 2012

stop and enjoy :)

setiap perkara yang terjadi tu ada hikmahnya. cuma kekadang, kita tak perasan semua tu. sedang kita asyik menyesali semua yang telah terjadi, tuhan juga sedang menghantar nikmatnya. cuma kita yang tak reti nak menghargai. sekarang ni. cubalah berhenti dan nikmati semua pemberiannya. jangan asyik kesal dengan apa yang telah ditakdirkan. berhentilah daripada memikirkan perkara yang menyakitkan sebaliknya mula fikirkan tentang segala yang membahagiakan. itulah yang terbaik :)

Saturday 29 September 2012

changed

kadang kadang, kita berubah sebab kita memang nak berubah. tapi, kadang kadang, kita berubah sebab keadaan. kita takkan sedar bila kita berubah. tapi orang di sekeliling saya tahu saya dah berubah. dan bila saya dah berubah, saya jadi seseorang yang lain. dan bila saya berhenti untuk melihat ke belakang, baru saya sedar, yang saya  dah jauh. saya dah tinggalkan banyak perkara. saya tinggalkan masa lalu yang menyedihkan. masa lalu yang memalukan. dan yang paling penting saya dah tinggalkan sebuah persahabatan.

sebab tu, saya sedih. sebab saya dah buat sahabat saya sedih dan kecewa. tapi semasa saya berubah, saya tak pernah lupakan mereka. cuma saya rasa tak mampu nak bersama dengan sahabat dan kawan baru. THAT IS THE THING! saya tak dapat bezakan sahabat  dan kawan baru. saya sibuk mengenali kawan baru sehingga menyisihkan sahabat.

sekarang saya sedar, saya perlu kembali, kepada sahabat. sebab mereka yang palinh faham saya. tapi adakah mereka akan menerima saya? seorang yang menyebabkan mereka sedih dan kecewa? saya tak tahu sama ada saya masih mempunyai peluang untuk kembali bersama mereka? demi tuhan, saya rindukan mereka. cuma saya takut mereka tak nak terima saya.

Nur Mastura bt Basiron dan Nur Syuhada bt Razali.